bERMINAT mENyERTaI kURSUs?

Nama penuh:
No. I/C:
Alamat:
No. Tel/Hp:
Email:
Kursus yang ingin disertai:
Cara Pembayaran:
cadangan kursus dan lokasi (sekiranya ada):

create form

Thursday, May 14, 2009


Minggu ni ada sorang pelajar UiTM yang sedang bercuti semester menghabiskan masa cutinya dengan belajar menjahit baju kurung tradisional. ehmm bagus Afifah ni..maklumlah tempahan baju kurung sekarangkan mahal so dia ambil peluang nak belajar menjahit baju kurung. nanti boleh la buat baju raya sendiri ya Fifa..

disebabkan Fifa ni memang takde basic langsung dalam bidang jahitan so..hari pertama dia kat sini kita bagi dia orientasi mesin jahit..


1. ajar selok belok mesin jahit n bagi kain berlukis suruh dia try jahit lurus n bulatan (utk leher). dekat sejam jugak la dia main2 ngan mesin jahit tu..

2. ajar cara amik ukuran badan yang betul..

3. rajah pola. (sobonaie baju kurung tak yah ber pola2 ni tapi supaya fifa lebih faham ku conteng2 kertas dengan melakar pola ukuran badan Fifa di atasnya)


4. Fifa dah faham baru mula memotong kain - potong badan, kekek, pesak dan tangan. then bahagian kain.

5. cara nak buat leher baju kurung


6. dah siap semua ni, maka Fifa pun mula la menjahit..so far takde masalah..sepanjang dia menjahit cuma herot2 tu biasa la org baru belajar..
6.1: cantum badan
6.2: cantum tangan, kekek dan pesak
6.3: tebuk leher


7. jahit kain
utk jahit kain ni, saya ajar fifa utk gabungkan getah dan pita keras..biasanya kalau takat jahit2 kat umah ni..guna getah semua pun takpe..

Akhirnya berjaya jugak Fifa menyiapkan baju kurungnya. Alhamdulillah moga Fifa akan terus mempraktikkan apa yang dipelajarinya dan berjaya membuat baju kurung ibunya pula..

Serba sedikit mengenai kursus jahitan pakaian:

Kursus Jahitan Pakaian Tradisional
Yuran: RM150.00 (18 jam)

Apa yang anda dapat:
- kain 4 m
- peralatan jahitan - pembaris L, pembaris badan, pembaris 15", pita pengukur dan penetas

ingin belajar menjahit - hubungi kak nora 013-3302039








0 Comments:

Post a Comment