bERMINAT mENyERTaI kURSUs?

Nama penuh:
No. I/C:
Alamat:
No. Tel/Hp:
Email:
Kursus yang ingin disertai:
Cara Pembayaran:
cadangan kursus dan lokasi (sekiranya ada):

create form

Saturday, November 14, 2009

Water Erasable Pen

Pen dan Pensil Khas untuk mereka yang menjahit manik...
untuk lakaran pada kain jenis lasak mahupun kain lembut (opal, chiffon dll)

PENSIL KAPUR


RM2.50/ unit
kos pos : RM3.00 (Pos Berdaftar)
Promosi Hujung tahun: BELI 5 PERCUMA kos pengeposan

Ada 4 warna: Merah, Hitam, Biru dan Kuning

Ciri-ciri pensil:
- Pensil warna warni mudah cuci ini sesuai untuk lakaran pada
kain jenis lasak mahupun lembut.
- Mudah dicuci
- Tidak perlu diasah. Hanya tarik sahaja tali pada hujung pensil bagi mengeluarkan kapurnya.
untuk peringatan: sila test dulu pada kain

P/s: cadangan untuk mereka yg berminat mendapatkannya, Sila beli 2 unit warna yang berbeza untuk kesesuaian kain. warna gelap dan cerah (cth: Biru & Kuning)


WATER ERASABLE PEN


RM12.00 seunit
kos pos : RM3.00 (Pos Berdaftar)

ciri-ciri:
- Sesuai untuk kain jenis lembut/ cerah
- mudah dicucinya. hanya semburkan air sahaja.
- Basuh DULU, sebelum IRON
untuk peringatan: sila test dulu pada kain

Hubungi saya jika berminat untuk mendapatkannya selagi stok masih ada
atau tinggalkan pesanan anda ruangan komen!

Sila Bank-In pembayaran ke:
Maybank
158118143146 Norafiza binti Mohd Hardi
Sila tinggalkan details alamat, no telefon dan bukti pembayaran di
tokeybutik@gmail.com atau SMS
013-3302039


Bengkel Sulaman Manik & Labuci
@ Kuching, Sarawak


lokasi: Petrajaya, Kuching, Sarawak
Yuran : RM200.00
Tarikh: 10/12/2009 (Hari Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang

10 - 15 teknik akan dipelajari. Tips menarik untuk dikongsi..
Pakej termasuk semua keperluan kursus.
Peserta terhad kepada 20 orang sahaja..

CARA PEMBAYARAN

Jika anda berminat untuk menyertai kelas yang dianjurkan, anda hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM80.00 sebagai pra-pendaftaran ke dalam akaun Maybank 158118143146 - Norafiza binti Mohd Hardi .

SMS atau email tokeybutik@gmail.com untuk memaklumkan mengenai pembayaran tersebut.

Sekian, terima kasih.

Jumpa anda di saaaaaaaaaaaannnnaaa!!!!!

Hubungi:



vrrrooooooooooooommmm....nak vacuum blog ni jap..dah bersawang..lamanye tak hupdet..ni pun dah ditegor..jadi sblm kena tutup baik cheq bersihkan sawang2 ni dulu



Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak MARA daerah Perak Tengah atas kesudian menjemputku sebagai tenaga pengajar untuk Kursus Sulaman Manik & Labuci.

Alhamdulillah kursus selama 2 hari di Rumah Rehat Parit berjaya dilaksanakan sebaiknya..
terima kasih kepada semua para peserta yang bertungkus lumus menghabiskan ke semua modul kursus selama 2 hari tersebut..
semoga semua peserta dapat memanfaatkan sebaiknya ilmu yang diperolehi sepanjang berkursus...

Sudi2lah ke kedai saya di Bandar Universiti sekiranya ingin bertanyakan sesuatu atau berkongsi ilmu sesama kita..

untuk mereka yang berada di Kuching, Sarawak..kami akan ke tempat anda pada bulan Disember nanti..(TERHAD KEPADA 20 ORANG PESERTA SAHAJA)

Thursday, October 22, 2009

...

kita sentiasa cuba memberikan yg terbaik utk mereka disekeliling kita..
tapi..kita tak pasti penerimaan mereka..

aku gembira
aku ceria
aku sentiasa senyum utk semua...
sentiasa bersedia mendengar..
sentiasa bersedia berkongsi suka duka sebuah kehidupan

tapi.....:(

Wednesday, October 21, 2009



Salam 1 Malaysia untuk sahabat2 semua..
Ingin mempelajari bagaimana membuat tudung sendiri..
sertai bengkal Jahitan Tudung DIY yang akan diadakan pada hari Ahad, 25/10/2009

Lokasi: Lot K04, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya

Yuran Kursus: RM80.00
yuran termasuk: Kit tudung DIY, Pola, Awning dan makan-makan

apa yang anda akan pelajari:
1. tips menyediakan tudung DIY
2. bagaimana mengubah pola sedia ada untuk menghasilkan pelbagai jenis tudung yang lain
3. bagaimana menentukan kesesuaian awning dengan bentuk muka
4. mengenakan awning pada tudung/ selendang


Peserta tekun menyiapkan tudung masing-masing


dan inilah hasilnya...membuat tudung mengikut keselesaan sendiri




BENGKEL SULAMAN MANIK & LABUCI
24 DAN 25 OKTOBER 2009

(Pilih salah satu tarikh)

YURAN RM150.00
yuran termasuk: bahan-bahan kursus, lunch, sijil

lokasi: noraBeadsCreation, lot K04, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
(Dekat je ngan Alamanda)
Masa: 10.00 pagi - 3.00 petang

apa yg anda dapat:
20 teknik akan dipelajari
pelbagai tips dan infomasi akan dikongsi bersama
bagaimana melakar corak pada baju
bagaimana menentukan harga tempahan setiap jenis tempahan manik

BERMINAT? sila hubungi nora 013-3302039 atau sms untuk tempahan tempat.

TERIMA KASIH DAN SALAM 1 MALAYSIA


norahardi
tenaga pengajar kursus kemahiran MARA, Kolej Komuniti & Kementerian Belia dan Sukan



M.A.A.F

Maaf...maaf dipohon buat semua..
untuk siapa maaf ni ditujukan:

||
||
V

semua yang telah sms dan email saya
bertanyakan mengenai kelas manik dan jahitan.


Maaf kerana tak balas sms dan email yang dihantar.
Maaf juga kerana x update semua yg terkini mengenai kursus2 tersebut
Maaf kerana membiarkan kalian tertunggu..

INsya'Allah semua ni akan dihentikan..
Blog ini akan sentiasa diupdate demi anda semua..
semoga maklumat yang dipaparkan dapat membantu anda semua mencari apa yang diingini..

SMS atau email saya sekiranya ada sebarang pertanyaan..

Citer Bulan ni...

ehmm mcm2 dugaan bulan ni..
dr masalah peribadi, kedai, pelanggan, kelas2 kemahiran ishhh banyak la..
bukak blog, tengok apa yg ada tapi rasa berat je nak update
kuat sungguh si bertanduk ni melengah2kan aku buat semua ni..
banyak benda buat, kamera depan mata..tapi berat je tgn ni nak amik gambar semua benda2 yg tgh buat tu..
bukak blog..tgk blog..tapi tak update2 blog..
nape rasa malas je bulan ni..

badan rasa lenguh n sangat sakit2
lutut mcm dah tak mampu dah nak berdiri
nak naik tangga pun sakit..
keje kuat (kuat ke?) tapi tak pernah mkn ape2 vitamin or penambah tenaga
bukan tak beli, tapi x bdisiplin utk makan
rasa nak makan baru makan..

tapi hari ni tetiba rasa nak update blog aku..
nekad di hati nak keep update my blog..
masukkan latest info mengenai kursus kemahiran dan kelas jahitan terkini..
alhamdulillah dapat kedai di Kompleks Kejiranan Presint 16
hope lepas ni semua kelas jahitan dan kursus kemahiran di KL, Selangor and kawasan2 berdekatan putrajaya dapat le dibuat kat sini..

minggu ni nak kemas2 skit kedai aku..
takde nak masukkan banyak perabot pun..
sekadar mana yang sesuai je..
moga semuanya ok..

dan bulan ni jugak tetiba rasa mcm nak sambung blaja balik..
nak buat PHD
tapi mcm tak nak buat kat Mesia..ishh berangan tul la..
banyaknye benda nak buat kalu nak sambung PHD..

ehmm mana satu nak buat ni!

ape2 pun enjoy sangat dgn peserta2 kursus sulaman manik dan labuci untuk 2 hari ni..
sangat bersemangat n sentiasa ceria sepanjang kelas..
cuma yg aku x suka..awat la berat benor tgn aku nak amik gambar sepanjang kursus ni..
harap staf MARA amik je..
ekceli kursus ni anjuran MARA..aku dilantik sebagai tenaga pengajar..
ape2 pun BEST n ENJOY sangat ngan peserta2 sepanjang kursus ni
terima kasih semua!


Thursday, August 06, 2009



Koleksi tudung Myza

ada member call bgtau ada citer ttg myza collection dalam Mstar Online..aku memang tak dan nak amik port langsung buat masa ni coz nak menyiapkan tempahan.

skali dia bgtau..wehh bila masa ke ngko jadi jurulatih IKBN..aku pelik gak aaa..jurulatih IKBN tak la kalau PLKN ada la..kalau student IKBN praktikal kat butik aku ada la..hehehe..musykil gak aku..sekali dia habaq ..cuba ko baca artikel dalam Mstar...

so dengan bersemangatnye..aku godek2 la..

jeng...jeng...jeng....
klik kat sini utk baca full artikel
pelancaran tudung myza

ni aku tepek skit aaa...



Maiza tidak mahu mengaku kalah, kini jadi 'Duta Tudung Myza'

KISAH penceraian penyanyi nasyid dan penceramah popular, Ustaz Akhil Hayy dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal baru sahaja selesai pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.Namun, cerita tentang bekas pasangan suami isteri ini tidak pernah lekang dari menjadi buruan media meskipun Maizawati sendiri.

Kini, apa sahaja yang dilakukan oleh Maizawati atau Maiza, pasti menjadi tumpuan orang ramai sehingga ramai yang menganggap dirinya bagaikan seorang selebriti pula.

Sudah beberapa kali ibu kepada enam orang anak ini memberitahu kepada media yang bukan dia yang mencari media untuk menghebahkan tentang apa yang berlaku sebelum ini sekaligus menepis dakwaan yang mengatakan dia seorang yang gila glamor.

“Apa yang berlaku sekarang ini bukan saya yang rancang..mungkin ini adalah hikmah disebalik kesabaran saya selama ini,” kata Maiza.

Pada April lalu, bagaikan sekelip mata sahaja Maiza telah pun bergelar duta kepada program BondaMama yang diusahakan di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Mulai semalam, sekali lagi dia dilantik menjadi duta Koleksi Tudung Myza yang juga merupakan inisiatif bersama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program Keusahawanan Sosial bagi memberi peluang kepada kaum wanita melakukan kerja-kerja dari rumah yang boleh menjana pendapatan.

Menurut Maiza, dia akan menjadi duta tudung yang mengambil sempena namanya itu selagi tudung itu laris di pasaran dengan bayaran royalti mengikut jualan tudung itu.

Jelas Maiza, selepas ini dia sentiasa berpegang kepada prinsip enggan mengaku kalah dan sentiasa memandang ke hadapan.

"Saya akan mencuba apa-apa sahaja peluang yang melibatkan perniagaan.

“Misalnya, saya akan menjenamakan semula syarikat saya dengan membuat produk sendiri berkonsepkan makanan seperti madu dan homeopati. Tetapi ia masih lagi dalam perancangan
“Selepas bercerai, saya perlu fikir dan uruskan kewangan diri-sendiri dan anak-anak kerana tanggungjawab saya sudah lebih kepada tugas seorang bapa.

“Namun, rasanya kehidupan saya tidak banyak beza sama ada sebelum bercerai dengan selepas bercerai kerana saya sudah biasa hidup berdikari,” luah Maiza yang semakin anggun dan menawan.

Tambahnya, sejak dia sah bercerai dengan Akhil pada 15 Julai lalu, Maiza sudah nekad untuk berhenti menangis dan mengumpul kekuatan dengan sokongan anak-anak.

“Saya dah banyak kali menangis depan anak-anak tetapi sekarang saya dah sebulat hati kerana tiada apa yang nak dinangiskan sekarang.

“Sebelum ini, saya dah puas minta nasihat dengan ahli ulama dan pakar agama tentang masalah penceraian kami namun saya tidak pernah hebahkan kepada orang lain.

“Saya rasa tak perlulah kita nak ungkitkan lagi tentang perkara yang lepas. Sekarang, saya cuma mahu bahagia dengan anak-anak..itu yang penting. Lebih baik saya fikirkan perkara yang berlaku pada masa hadapan,” jelasnya.

Sebelum bercerai, Maiza pernah meuar-uarkan yang dia enggan menerima tawaran sebagai duta BondaMama kerana kurang berkeyakinan namun kini dia sudah berubah fikiran.

“Mungkin sebelum ini saya tak biasa bekerjasama dengan orang lain..kita perlu belajar untuk melakukan langkah yang pertama.

“Saya merasakan orang-orang di bawah Yayasan memerlukan sokongan saya,” jawabnya.

Jualan tudung secara online

Menurut Presiden Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, Ameer Soekre Ishak, kini Koleksi Tudung Myza sudah pun berada di pasaran dengan aneka warna dan corak.

“Koleksi Tudung Myza mengutamakan ciri-ciri buatan tangan yang lebih istimewa daripada yang berada di pasaran.

“Tudung-tudung mengikut fesyen ini merangkumi empat aspek iaitu mudah dipakai, menggunakan kain chiffon dari Itali (bahagian luar) dan kain jersi kapas (bahagian dalam) yang berkualiti, harga yang murah dan ia dibuat oleh pekerja-pekerja dari rumah.

“Ia didatangkan dalam lapan warna untuk satu rekaan tudung yang direka oleh jurulatih dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Norafiza,” katanya....

Harga tudung-tudung itu dijual bermula dari RM55 hingga RM180.

Tudung-tudung ini dijual secara online di www.myza.com.my dengan paparan pelbagai koleksi tudung.

Seterusnya, mereka yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah terus menghubungi Zabedah Hussin (019-2114448) atau Fatimah Manaf (019-6271121) atau datang sendiri ke Myza Worldwide, 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000, Kajang, Selangor.

Selain di Selangor, Myza Worldwide turut membuka stokis di tempat lain seperti Kuala Lumpur, Johor dan Singapura.


*p/s: ..salah ni aku dikatanye jurulatih IKBN..laki aku punye pasal la ni..org suruh habaq usahawan bimbingan PUNB N MARA dibagitaunye aku ni dulu jurulatih PLKN..skali salah taip da jadi IKBN..aduhai...but dun worry Mstar..biasa2 je ni.. so IKBN jangan risau lak..karang jenuh mencari sapa la jurulatih nama Norafiza ni..hehe

kak maiza dengan tudungnye..utk kak maiza, sy buat awning lain coz kak maiza nak cover pipi dia yg cute tu..actually yg dijual pun sesuai cuma kak maiza memang pakai tudung style tu..ape2pun mudah bekerjasama ngan akak..

ehmm dengan anak2nya..tudung yg sarah pakai (baju kotak2 merah) is 1 of the design..lepas show sarah mintak terus tudung ni..promote kat kawan2 ye

kredit to Mstar for the photos



alhamdulillah Myza Collection selamat dilancarkan..

semoga semuanya berjalan dengan lancar..

sesiapa yg ingin mendapatkan tudung myza boleh la klik http://www.myza.com.my/ atau layari http://tudungmyza.blogspot.com/

sekiranya ada cadangan, komen atau kritikan amatlah dialu2kan untk menjadikan koleksi baik dan lebih baik...

and sekiranya ada dikalangan pelajar saya atau sesiapa saje yang berminat untuk menambah pendapatan sama ada menjadi pengedar myza atau bersama2 saya menghasilkan tudung myza..kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

saya memerlukan tukang jahit yang mahir dengan pelbagai jenis kain, tukang jahit manik yang tekun dan mereka yg mempunyai kemahiran dalam bidang sulaman..sekiranya berminat..sms sy ek..

TQ

Monday, July 27, 2009

MyZA Collection






for details, log on to http://www.myza.com.my

agen dan pengedar diperlukan.

sangat letih minggu ni..
tido ntah ke mana..makan pun ntah ke mana..yang penting solat kena jaga
semuanya gara-gara sesuatu yang akan dilancarkan pada Ahad ni
walaupun penat tapi rasa puas hati..
sebab apa...

just klik here...tudungmyza

Tuesday, July 21, 2009

Salam semua...
tak sempat nak hupdate blog lagi...
semuanya sebab biasa la..menyiapkan tempahan jahitan utk raya..seperti biasa..TEMPAHAN DAH DITUTUP..nak siapkan yang mana ada ni dulu, then kalau banyak yg dah siap baru bukak balik..

jangan tamak weiii..tak siap baju org naya...mcm2 disumpahnye kita nanti..

thanks to akak2..yg ikut bengkel tudung lepas..
bersemangat semuanya..siap bawak tudung2 yg tak selesa dipakai utk direpair lagi..
biasa la..kadang2 kainnye memang cantik cuma muka je sesuai ke tak nak pakai..
so jangan dibuang atau disimpan..repair balik je awning2 tu..
Insya'Allah cantik le semula tudung2 tu..

Bengkel lepas kita buat diruang solat wanita di Masjid Negeri..
Terima kasih kepada pihak pengurusan masjid kerana membenarkan kami mengadakan aktiviti di sana..
bak kata sorang ustaz tu..masjid ni memang tempat utk orang2 islam mengadakan aktiviti..
so dipihak kami, mungkin ini yang dapat kami adakan untuk mengimarahkan..memeriahkan masjid dengan aktiviti yg sihat dan bermanfaat.

terima kasih kepada para peserta atas kerjasama anda semua..kreatif2 diaorang ni..siap jahit separuh je kat leher..pastu nak buat lilit2 kat kepala plak..hehe
sebahagian gambau sepanjang aktiviti berlangsung

Tudung yang dah siap dipotong. tinggal nak jahit je. pola yang disediakan adalah pola standard yang majoriti sesuai utk peserta/ pelanggan

Kak Norziah tersenyum malu..alhamdulillah..akhirnya dapat juga buat tudung yg sesuai dengan bentuk muka dan saiz badan ye akak..kak Norziah suka labuh2. so kita besarkan skit pola asal tudung. kreatif tu, jahit separuh je..senang nak gayakan tudung tu!

Ida yg sporting..bergaya dengan anak tudung yang sesuai dengan bentuk mukanya..tapi muka ida ni semua boleh..cuma yang awning separuh kurang sesuai skit.

masing2 tgh menyiapkan jahitan terakhir..menyambung awning ke bahagian badan tudung. Maklum le masjid ni luas..jadi habis semua bahagian kami jelajah

Kak Salina tersenyum je..maklumla dah jumpa saiz awning yang sesuai dan selesa untuk mukanya..saiz biasa panjang 14, lebar 4. Untuk kak salina panjang 12 dan lebar cuma 3 sahaja. pastu pakai tudung siap pusing2 lagi ye..:)

Kak Zaharah yang kecil molek..comel je orangnye..kena cari saiz awning yg bersesuaian dengan bentuk muka..labuh tudung ni pun kita kecilkan dari pola asal. siap pin tepi lagi ye!

dan ni dia, IDA..yang sentiasa ceria..bentuk muka memang cantik..pola awning asal, memang kena dgn muka dia..tudung mcm biasa, jahit separuh untuk pelbagaikan gaya pemakaiannya..

Kak Hanifah yang cukup bersemangat. dibawa semua tudung yg tak sesuai awning dan potongan badan tudung tu bersama..so akak, lepas ni boleh akak repair ye..jangan simpan. sayang je kain2 yg cantik tu..cabut awning lama, kita ganti dengan awning baru

Kita amik posisi sebelah pulak akak ye..:)..tudung ni adalah pola asal yg diberikan kepada setiap peserta..itulah labuh depan dan belakangnya. Thanks kak Hanifah coz sudi posing yg mengancam ni..:)

Pilih2..jangan tak pilih..awning yang diberikan untuk setiap peserta..
Harga Jual RM8.00 sekeping..tinggal nak sambung pada selendang je..
Harga untuk peserta kursus hanya RM5.00 sahaja..

terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama dan semangat anda sepanjang kita bersama..moga ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri mahupun satu sumber untuk menambah pendapatan..

Tuesday, July 14, 2009


Monday, July 13, 2009

Warghhh yang kelas hari tu pun tak dan nak update lagi..
dah citer utk bengkel tudung DIY 2 laks..
maaf sangat2 tak sempat nak hupdate yang latest..
sibuk menyiapkan tempahan baju n tudung..
nak dijadikan cerita 3 hari laks terlantar di hospital..
suspek denggi..

alhamdulillah semuanya ok..
rupa2nya bukan nak kene denggi..esoknye nak mandi..satu badan penuh bintik2 kecil
kata mak lenguh2 demam nak kena campak rupanya..

habis berbintat satu badan
tapi tak dok diam jugak..
kena siapkan tempahan orang jugak..cuma produktiviti slow skit la..


cumanya nak maklumkan pada mereka yang terlepas Bengkel tudung DIY hari tu..
insya'Allah bengkel tudung siri II yang diadakan pada 25 Julai ni..sabtu dari jam 9.00 - 1.00 tengahari..

kepada akak2 n adik2 yang pernah join bengkel, boleh la datang.
nanti nora bagi pola untuk tudung yang berbutang n ala2 scallop tu..
pastu ada pattern twist (ala ariani)..
mcm biasa je pola je..cuma kita twist skit..




BENGKEL JAHITAN TUDUNG
ANJURAN YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH

(klik banner untuk paparan yang lebih jelas)

tarikh: 25 Julai 09 (Sabtu)
Masa: 9.00 - 1.00 Tengahari


YURAN : RM70

(KIT TUDUNG DIY + AWNING + POLA
& MINUM PAGI )

anda boleh membawa tudung-tudung lama untuk di 'renew' semula
(jimatkan?tak perlu beli yang baru!)
dan untuk yang tiada mesin jahit di rumah
anda tidak perlu risau memandang teknik yang di ajar adalah jahitan tangan!


untuk menyertai , sms nama kepada
nora 013-3302039
shira 03-87332411

Monday, June 29, 2009


Salam semua..
maaf lama tak berblogging..
agak bersawang dah blog ni..
mungkin lepas ni kena amik khidmat Kamal & kamal pest control lak nak cuci sawang2 ni..hehehe

Just nak update kursus terkini yang akan diadakan minggu depan di Kajang.
Untuk maklumat lanjut/ pengesahan tempat: hubungi/sms nama kepada nora 013-3302039 atau shira 03-87332411

Bayaran boleh dibuat terus ke akaun Maybank: KHIDMAT NURHIKMAH No. akaun: 564306010030 (Sila faks slip pembayaran beserta nama ke 03-87332967)

Monday, June 01, 2009

Salam ERNa..
khas Untuk ko Ex HOUseMate + Ex ROOMmate..kita classmatekan...masa matrik IPDA-UUM 1998..

ni gambau aku sebelum bergelar tukang jahit..ehh silap rasanye selepas bergelar tukang jahit la...yang belum masa konvo tu je kot..yang lain memang aku dah jadik tukang jahit..hahahahaha

ni aku masa taja Program Mari Mengaji kat TV9 tu..nampak tak ustaz zamri tengah menyibukk je..hehehehe..Aduh ampun Ya Ustaz!

aku n hubby lepas konvokesyen aku kat UTM 2006..masa ni aku sambung blaja dalam Msc IT Entrepreneurship..

aku masa cuti-cuti Malaysia di PD..ngan geng2 sekolah aku..geng2 aku ni smua bujang jadi takde la cik chef aku mengikutnya...ko kenal tak yang sebelah tu..Zakiah, dia pun Ex BIT UUM tau

hah ni aku sebelum mengeluarkan kepak..hahaha takdelah masa ni aku tgh ujian Open Water Dive kat Redang..best wooooooo. hobi baru aku..tapi kena spent duit banyak lak kat sini..setahun sekali pun belum tentu aku dive..hehehehe

Not FeeLInG Well



Salam eberibodi...
selamat bercuti sekolah..
selamat makan kenduri
selamat memenuhi jemputan..

apa2pun jaga diri dan pemakanan..
masuk hari ni dah 3 hari demam..lepas kembali dari KL :(
selsema, batuk berkahak...demam..

doakan kesejahteraanku...AMIN

Tuesday, May 26, 2009

SeLAmAT HarI LAhir AYAH!

SeLAmaT HarI LAhir AYAH


hari ni bukan entry bab jahitan..
tapi today is ayah special day..

selamat hari lahir yang ke 54 ayah..
semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia..
juga sentiasa bahagia disamping mak dan anak2 ayah yang nakal2 ni..

sesungguhnya ayah saya banyak memainkan peranan
dalam hidup saya..

dari membentuk karakter diri saya sehinggalah
mempengaruhi cara saya berfikir

semuanya dari ayah...
ayah cekal..ayah tabah..ayah kuat
ayah tak pernah memaksa..
ayah sentiasa menyokong apa yang saya buat
walaupun ada kalanya saya tak ikut apa yang ayah cakap
ayah tak pernah tunjukkan rasa sedih, rasa tak suka depan saya
walaupun ayah tau..apa yang saya buat salah..

ayah tau saya sedih..ayah tau saya susah
tapi ayah tak nak tunjuk depan saya..
sebab saya tau ayah tak nak saya lagi sedih dan susah hati
ayah nak saya kuat..
sebab ayah tau saya kuat..
kuat menghadapi segalanya..
saya bertanggungjawab atas apa yang saya pilih..

ayah..
nora tau nora dah banyak menyusahkan ayah..
dah banyak memeningkan kepala ayah..
tapi nora nak ayah tau
yang nora sayangkan ayah..
dan sebolehnya nora nak menghadapi
semua ni tanpa menyusahkan ayah..

nora tak nak ayah susah hati..nora tak nak ayah sedih..
sebab sampai ke hari ni
nora tak dapat nak membahagiakan ayah dan mak dengan hasil usaha nora..
nora cuba bertanggungjawab untuk menjaga adik2
tapi nora tau semua tu tak sama dengan apa yang ayah dah bagi pada nora

ayah...
maafkan nora atas apa yang telah berlaku sehingga ke hari ni..
nora harap ayah sentiasa mendoakan nora..
nora akan teruskan apa yang nora hadapi kini selagi diberi kekuatan..
cuma nora harap
ayah tak putus mendoakan nora
doakan kebahagiaan nora

kekuatan nora hari ni..
lahir dari didikan ayah..lahir dari sifat ayah sendiri
nora akan terus kuat selagi ayah kuat...

Selamat hari Lahir yang ke 54 ayah..
semoga ayah terus bahagia dengan mak...
doakan kebahagiaan nora ayah...

nora nak ayah tau...
yang nora sangat sayangkan ayah...
sangat..sangat..sayangkan ayah
tiada yang lebih bermakna dan lebih bahagia dalam hidup nora melainkan dapat bersama ayah selagi nora masih bernyawa..

ikhlas dari nora untuk ayah yang nora sayang...

Monday, May 25, 2009



Salam perpaduan..salam mesra untuk pembaca semua...

Nak war-warkan Bengkel Tudung DIY yang akan diadakan di Masjid Negeri Ipoh pada hari Sabtu ni..

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kursus.
Kursus : Bengkel Tudung DIY
Lokasi : Masjid Negeri Ipoh
(Dekat Stesyen Keretapi n Balai Polis Ipoh tu)

Parking takde masalah ye...
tarikh : 30 Mei 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 - 12 Tengahari
Yuran : RM25.00
Pihak butik hanya menyediakan awning utk tudung sahaja termasuk peralatan jahitan untuk dikongsi bersama..

Apa yang akan dipelajari:
1.membuat ukuran awning yang sesuai dengan bentuk muka
2.mengenakan awning ke tudung
3.Pola Tudung
4.Menambah awning pada selendang atau tudung sedia ada

* Untuk mereka yang tiada mesin jahit di rumah, tidak perlu risau kerana teknik jahitan yang diajar hanyalah sulaman tangan sahaja.

* Para peserta perlu bawa kain jessey utk tudung atau selendang atau tudung ekin yang tidak sesuai dgn bentuk muka untuk diubahsuai semasa bengkel.

so kepada semua warga Perak, Ipoh khasnya.. Sekiranya berminat untuk bersama-sama menyertai bengkel ini sila hubungi atau sms Puan Nora 013-3302039 untuk tempahan tempat.

Sunday, May 24, 2009

Bengkel Sulaman Benang 2

Hari ni ada cikgu kedua yang membantu..hehe..ada 2 orang peserta yang tak ikut kursus yang 1. jadi kena ajar utk diaorang ni..tak ikut yang kelas 1..memang tak leh buat yang ke2 sebab yang 1 tu adalah asasnya..Thanks akak coz sudi membantu

adik 2 orang ni bagus betul..hujung minggu mak ayah hantar ikut kursus anjuran KBS. sorang tingkatan 2 n kakaknya tingkatan 4

hehe masa ni nak balik dah..sempat lagi buat lawak adik kita ni

tekunnya akak ni

hasil kerjatangan peserta..cantik banget!

Ni pun salah satu contoh hasil peserta..

masing2 tunjukkan hasil seni mereka..tapi tak berapa nampak.hehehe

Ahad lepas 24/5/09 adalah bengkel terakhir untuk peserta sulaman benang Bulan Mei 2009.
Alhamdulillah harapan agar semuanya mempraktikkan apa yang telah dipelajari
Kelas yg slalu kami gunakan telah dipinjam oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk temuduga jururawat..so kami masuk kelas satu lagi yang akhirnya semua skali kena duduk bersila..hehe
mcm2 gaya ada..takpelah yang penting masing2 jumpa port yang baik utk mulakan jahitan atas tudung masing2
hari ni, masing2 dah ready dgn tudung masing2..
ada yang buat mcm2 sampel sulaman..ya ampun cantiknya hasil kerja tgn masing2..
nanti ku tempekkan kat sini..

;;