bERMINAT mENyERTaI kURSUs?

Nama penuh:
No. I/C:
Alamat:
No. Tel/Hp:
Email:
Kursus yang ingin disertai:
Cara Pembayaran:
cadangan kursus dan lokasi (sekiranya ada):

create form

Thursday, August 06, 2009



Koleksi tudung Myza

ada member call bgtau ada citer ttg myza collection dalam Mstar Online..aku memang tak dan nak amik port langsung buat masa ni coz nak menyiapkan tempahan.

skali dia bgtau..wehh bila masa ke ngko jadi jurulatih IKBN..aku pelik gak aaa..jurulatih IKBN tak la kalau PLKN ada la..kalau student IKBN praktikal kat butik aku ada la..hehehe..musykil gak aku..sekali dia habaq ..cuba ko baca artikel dalam Mstar...

so dengan bersemangatnye..aku godek2 la..

jeng...jeng...jeng....
klik kat sini utk baca full artikel
pelancaran tudung myza

ni aku tepek skit aaa...



Maiza tidak mahu mengaku kalah, kini jadi 'Duta Tudung Myza'

KISAH penceraian penyanyi nasyid dan penceramah popular, Ustaz Akhil Hayy dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal baru sahaja selesai pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.Namun, cerita tentang bekas pasangan suami isteri ini tidak pernah lekang dari menjadi buruan media meskipun Maizawati sendiri.

Kini, apa sahaja yang dilakukan oleh Maizawati atau Maiza, pasti menjadi tumpuan orang ramai sehingga ramai yang menganggap dirinya bagaikan seorang selebriti pula.

Sudah beberapa kali ibu kepada enam orang anak ini memberitahu kepada media yang bukan dia yang mencari media untuk menghebahkan tentang apa yang berlaku sebelum ini sekaligus menepis dakwaan yang mengatakan dia seorang yang gila glamor.

“Apa yang berlaku sekarang ini bukan saya yang rancang..mungkin ini adalah hikmah disebalik kesabaran saya selama ini,” kata Maiza.

Pada April lalu, bagaikan sekelip mata sahaja Maiza telah pun bergelar duta kepada program BondaMama yang diusahakan di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Mulai semalam, sekali lagi dia dilantik menjadi duta Koleksi Tudung Myza yang juga merupakan inisiatif bersama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program Keusahawanan Sosial bagi memberi peluang kepada kaum wanita melakukan kerja-kerja dari rumah yang boleh menjana pendapatan.

Menurut Maiza, dia akan menjadi duta tudung yang mengambil sempena namanya itu selagi tudung itu laris di pasaran dengan bayaran royalti mengikut jualan tudung itu.

Jelas Maiza, selepas ini dia sentiasa berpegang kepada prinsip enggan mengaku kalah dan sentiasa memandang ke hadapan.

"Saya akan mencuba apa-apa sahaja peluang yang melibatkan perniagaan.

“Misalnya, saya akan menjenamakan semula syarikat saya dengan membuat produk sendiri berkonsepkan makanan seperti madu dan homeopati. Tetapi ia masih lagi dalam perancangan
“Selepas bercerai, saya perlu fikir dan uruskan kewangan diri-sendiri dan anak-anak kerana tanggungjawab saya sudah lebih kepada tugas seorang bapa.

“Namun, rasanya kehidupan saya tidak banyak beza sama ada sebelum bercerai dengan selepas bercerai kerana saya sudah biasa hidup berdikari,” luah Maiza yang semakin anggun dan menawan.

Tambahnya, sejak dia sah bercerai dengan Akhil pada 15 Julai lalu, Maiza sudah nekad untuk berhenti menangis dan mengumpul kekuatan dengan sokongan anak-anak.

“Saya dah banyak kali menangis depan anak-anak tetapi sekarang saya dah sebulat hati kerana tiada apa yang nak dinangiskan sekarang.

“Sebelum ini, saya dah puas minta nasihat dengan ahli ulama dan pakar agama tentang masalah penceraian kami namun saya tidak pernah hebahkan kepada orang lain.

“Saya rasa tak perlulah kita nak ungkitkan lagi tentang perkara yang lepas. Sekarang, saya cuma mahu bahagia dengan anak-anak..itu yang penting. Lebih baik saya fikirkan perkara yang berlaku pada masa hadapan,” jelasnya.

Sebelum bercerai, Maiza pernah meuar-uarkan yang dia enggan menerima tawaran sebagai duta BondaMama kerana kurang berkeyakinan namun kini dia sudah berubah fikiran.

“Mungkin sebelum ini saya tak biasa bekerjasama dengan orang lain..kita perlu belajar untuk melakukan langkah yang pertama.

“Saya merasakan orang-orang di bawah Yayasan memerlukan sokongan saya,” jawabnya.

Jualan tudung secara online

Menurut Presiden Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, Ameer Soekre Ishak, kini Koleksi Tudung Myza sudah pun berada di pasaran dengan aneka warna dan corak.

“Koleksi Tudung Myza mengutamakan ciri-ciri buatan tangan yang lebih istimewa daripada yang berada di pasaran.

“Tudung-tudung mengikut fesyen ini merangkumi empat aspek iaitu mudah dipakai, menggunakan kain chiffon dari Itali (bahagian luar) dan kain jersi kapas (bahagian dalam) yang berkualiti, harga yang murah dan ia dibuat oleh pekerja-pekerja dari rumah.

“Ia didatangkan dalam lapan warna untuk satu rekaan tudung yang direka oleh jurulatih dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Norafiza,” katanya....

Harga tudung-tudung itu dijual bermula dari RM55 hingga RM180.

Tudung-tudung ini dijual secara online di www.myza.com.my dengan paparan pelbagai koleksi tudung.

Seterusnya, mereka yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah terus menghubungi Zabedah Hussin (019-2114448) atau Fatimah Manaf (019-6271121) atau datang sendiri ke Myza Worldwide, 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000, Kajang, Selangor.

Selain di Selangor, Myza Worldwide turut membuka stokis di tempat lain seperti Kuala Lumpur, Johor dan Singapura.


*p/s: ..salah ni aku dikatanye jurulatih IKBN..laki aku punye pasal la ni..org suruh habaq usahawan bimbingan PUNB N MARA dibagitaunye aku ni dulu jurulatih PLKN..skali salah taip da jadi IKBN..aduhai...but dun worry Mstar..biasa2 je ni.. so IKBN jangan risau lak..karang jenuh mencari sapa la jurulatih nama Norafiza ni..hehe

kak maiza dengan tudungnye..utk kak maiza, sy buat awning lain coz kak maiza nak cover pipi dia yg cute tu..actually yg dijual pun sesuai cuma kak maiza memang pakai tudung style tu..ape2pun mudah bekerjasama ngan akak..

ehmm dengan anak2nya..tudung yg sarah pakai (baju kotak2 merah) is 1 of the design..lepas show sarah mintak terus tudung ni..promote kat kawan2 ye

kredit to Mstar for the photos



alhamdulillah Myza Collection selamat dilancarkan..

semoga semuanya berjalan dengan lancar..

sesiapa yg ingin mendapatkan tudung myza boleh la klik http://www.myza.com.my/ atau layari http://tudungmyza.blogspot.com/

sekiranya ada cadangan, komen atau kritikan amatlah dialu2kan untk menjadikan koleksi baik dan lebih baik...

and sekiranya ada dikalangan pelajar saya atau sesiapa saje yang berminat untuk menambah pendapatan sama ada menjadi pengedar myza atau bersama2 saya menghasilkan tudung myza..kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

saya memerlukan tukang jahit yang mahir dengan pelbagai jenis kain, tukang jahit manik yang tekun dan mereka yg mempunyai kemahiran dalam bidang sulaman..sekiranya berminat..sms sy ek..

TQ

;;