bERMINAT mENyERTaI kURSUs?
Thursday, January 28, 2010
Kursus sulaman manik & labuci
HANYA RM100 (termasuk bahan2 & peralatan, makan & minum)
15 teknik jahitan akan dipelajari, tips2 menarik sedia utk dikongsi...
Lokasi : NoraBeadsCreation, no.2 tingkat 1, kompleks kejiranan present 16, putrajaya (berdekatan alamanda)
Tarikh : 31 Januari 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
Berminat, hubungi nora 0133302039 untuk pengesahan tempat.
Terima Kasih.
Saturday, November 14, 2009
PENSIL KAPUR
kos pos : RM3.00 (Pos Berdaftar)
Promosi Hujung tahun: BELI 5 PERCUMA kos pengeposan
Ada 4 warna: Merah, Hitam, Biru dan Kuning
Ciri-ciri pensil:
- Pensil warna warni mudah cuci ini sesuai untuk lakaran pada
kain jenis lasak mahupun lembut.
- Mudah dicuci
- Tidak perlu diasah. Hanya tarik sahaja tali pada hujung pensil bagi mengeluarkan kapurnya.
untuk peringatan: sila test dulu pada kain
P/s: cadangan untuk mereka yg berminat mendapatkannya, Sila beli 2 unit warna yang berbeza untuk kesesuaian kain. warna gelap dan cerah (cth: Biru & Kuning)
WATER ERASABLE PEN
kos pos : RM3.00 (Pos Berdaftar)
ciri-ciri:
- Sesuai untuk kain jenis lembut/ cerah
- mudah dicucinya. hanya semburkan air sahaja.
- Basuh DULU, sebelum IRON
untuk peringatan: sila test dulu pada kain
atau tinggalkan pesanan anda ruangan komen!
Sila Bank-In pembayaran ke:
Maybank 158118143146 Norafiza binti Mohd Hardi
Sila tinggalkan details alamat, no telefon dan bukti pembayaran di
tokeybutik@gmail.com atau SMS 013-3302039
@ Kuching, Sarawak
Yuran : RM200.00
Tarikh: 10/12/2009 (Hari Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
10 - 15 teknik akan dipelajari. Tips menarik untuk dikongsi..
Pakej termasuk semua keperluan kursus.
Peserta terhad kepada 20 orang sahaja..
CARA PEMBAYARAN
Jika anda berminat untuk menyertai kelas yang dianjurkan, anda hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM80.00 sebagai pra-pendaftaran ke dalam akaun Maybank 158118143146 - Norafiza binti Mohd Hardi .
SMS atau email tokeybutik@gmail.com untuk memaklumkan mengenai pembayaran tersebut.
Sekian, terima kasih.
Jumpa anda di saaaaaaaaaaaannnnaaa!!!!!
Hubungi:
vrrrooooooooooooommmm....nak vacuum blog ni jap..dah bersawang..lamanye tak hupdet..ni pun dah ditegor..jadi sblm kena tutup baik cheq bersihkan sawang2 ni dulu
terima kasih kepada semua para peserta yang bertungkus lumus menghabiskan ke semua modul kursus selama 2 hari tersebut..
semoga semua peserta dapat memanfaatkan sebaiknya ilmu yang diperolehi sepanjang berkursus...
Sudi2lah ke kedai saya di Bandar Universiti sekiranya ingin bertanyakan sesuatu atau berkongsi ilmu sesama kita..
Thursday, October 22, 2009
kita sentiasa cuba memberikan yg terbaik utk mereka disekeliling kita..
tapi..kita tak pasti penerimaan mereka..
aku gembira
aku ceria
aku sentiasa senyum utk semua...
sentiasa bersedia mendengar..
sentiasa bersedia berkongsi suka duka sebuah kehidupan
tapi.....:(
Wednesday, October 21, 2009
Lokasi: Lot K04, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
apa yang anda akan pelajari:
1. tips menyediakan tudung DIY
2. bagaimana mengubah pola sedia ada untuk menghasilkan pelbagai jenis tudung yang lain
3. bagaimana menentukan kesesuaian awning dengan bentuk muka
4. mengenakan awning pada tudung/ selendang
YURAN RM150.00
yuran termasuk: bahan-bahan kursus, lunch, sijil
lokasi: noraBeadsCreation, lot K04, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
(Dekat je ngan Alamanda)
apa yg anda dapat:
20 teknik akan dipelajari
pelbagai tips dan infomasi akan dikongsi bersama
bagaimana melakar corak pada baju
bagaimana menentukan harga tempahan setiap jenis tempahan manik
BERMINAT? sila hubungi nora 013-3302039 atau sms untuk tempahan tempat.
TERIMA KASIH DAN SALAM 1 MALAYSIA
norahardi
tenaga pengajar kursus kemahiran MARA, Kolej Komuniti & Kementerian Belia dan Sukan
untuk siapa maaf ni ditujukan:
||
V
bertanyakan mengenai kelas manik dan jahitan.
Maaf juga kerana x update semua yg terkini mengenai kursus2 tersebut
Maaf kerana membiarkan kalian tertunggu..
INsya'Allah semua ni akan dihentikan..
Blog ini akan sentiasa diupdate demi anda semua..
semoga maklumat yang dipaparkan dapat membantu anda semua mencari apa yang diingini..
SMS atau email saya sekiranya ada sebarang pertanyaan..
ehmm mcm2 dugaan bulan ni..
dr masalah peribadi, kedai, pelanggan, kelas2 kemahiran ishhh banyak la..
bukak blog, tengok apa yg ada tapi rasa berat je nak update
kuat sungguh si bertanduk ni melengah2kan aku buat semua ni..
banyak benda buat, kamera depan mata..tapi berat je tgn ni nak amik gambar semua benda2 yg tgh buat tu..
bukak blog..tgk blog..tapi tak update2 blog..
nape rasa malas je bulan ni..
badan rasa lenguh n sangat sakit2
lutut mcm dah tak mampu dah nak berdiri
nak naik tangga pun sakit..
keje kuat (kuat ke?) tapi tak pernah mkn ape2 vitamin or penambah tenaga
bukan tak beli, tapi x bdisiplin utk makan
rasa nak makan baru makan..
tapi hari ni tetiba rasa nak update blog aku..
nekad di hati nak keep update my blog..
masukkan latest info mengenai kursus kemahiran dan kelas jahitan terkini..
alhamdulillah dapat kedai di Kompleks Kejiranan Presint 16
hope lepas ni semua kelas jahitan dan kursus kemahiran di KL, Selangor and kawasan2 berdekatan putrajaya dapat le dibuat kat sini..
minggu ni nak kemas2 skit kedai aku..
takde nak masukkan banyak perabot pun..
sekadar mana yang sesuai je..
moga semuanya ok..
dan bulan ni jugak tetiba rasa mcm nak sambung blaja balik..
nak buat PHD
tapi mcm tak nak buat kat Mesia..ishh berangan tul la..
banyaknye benda nak buat kalu nak sambung PHD..
ehmm mana satu nak buat ni!
ape2 pun enjoy sangat dgn peserta2 kursus sulaman manik dan labuci untuk 2 hari ni..
sangat bersemangat n sentiasa ceria sepanjang kelas..
cuma yg aku x suka..awat la berat benor tgn aku nak amik gambar sepanjang kursus ni..
harap staf MARA amik je..
ekceli kursus ni anjuran MARA..aku dilantik sebagai tenaga pengajar..
ape2 pun BEST n ENJOY sangat ngan peserta2 sepanjang kursus ni
terima kasih semua!
Thursday, August 06, 2009
ada member call bgtau ada citer ttg myza collection dalam Mstar Online..aku memang tak dan nak amik port langsung buat masa ni coz nak menyiapkan tempahan.
skali dia bgtau..wehh bila masa ke ngko jadi jurulatih IKBN..aku pelik gak aaa..jurulatih IKBN tak la kalau PLKN ada la..kalau student IKBN praktikal kat butik aku ada la..hehehe..musykil gak aku..sekali dia habaq ..cuba ko baca artikel dalam Mstar...
jeng...jeng...jeng....
klik kat sini utk baca full artikel
pelancaran tudung myza
ni aku tepek skit aaa...
Maiza tidak mahu mengaku kalah, kini jadi 'Duta Tudung Myza'
Kini, apa sahaja yang dilakukan oleh Maizawati atau Maiza, pasti menjadi tumpuan orang ramai sehingga ramai yang menganggap dirinya bagaikan seorang selebriti pula.
Sudah beberapa kali ibu kepada enam orang anak ini memberitahu kepada media yang bukan dia yang mencari media untuk menghebahkan tentang apa yang berlaku sebelum ini sekaligus menepis dakwaan yang mengatakan dia seorang yang gila glamor.
“Apa yang berlaku sekarang ini bukan saya yang rancang..mungkin ini adalah hikmah disebalik kesabaran saya selama ini,” kata Maiza.
Pada April lalu, bagaikan sekelip mata sahaja Maiza telah pun bergelar duta kepada program BondaMama yang diusahakan di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
Mulai semalam, sekali lagi dia dilantik menjadi duta Koleksi Tudung Myza yang juga merupakan inisiatif bersama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program Keusahawanan Sosial bagi memberi peluang kepada kaum wanita melakukan kerja-kerja dari rumah yang boleh menjana pendapatan.
Menurut Maiza, dia akan menjadi duta tudung yang mengambil sempena namanya itu selagi tudung itu laris di pasaran dengan bayaran royalti mengikut jualan tudung itu.
Jelas Maiza, selepas ini dia sentiasa berpegang kepada prinsip enggan mengaku kalah dan sentiasa memandang ke hadapan.
"Saya akan mencuba apa-apa sahaja peluang yang melibatkan perniagaan.
“Misalnya, saya akan menjenamakan semula syarikat saya dengan membuat produk sendiri berkonsepkan makanan seperti madu dan homeopati. Tetapi ia masih lagi dalam perancangan
“Selepas bercerai, saya perlu fikir dan uruskan kewangan diri-sendiri dan anak-anak kerana tanggungjawab saya sudah lebih kepada tugas seorang bapa.
“Namun, rasanya kehidupan saya tidak banyak beza sama ada sebelum bercerai dengan selepas bercerai kerana saya sudah biasa hidup berdikari,” luah Maiza yang semakin anggun dan menawan.
Tambahnya, sejak dia sah bercerai dengan Akhil pada 15 Julai lalu, Maiza sudah nekad untuk berhenti menangis dan mengumpul kekuatan dengan sokongan anak-anak.
“Saya dah banyak kali menangis depan anak-anak tetapi sekarang saya dah sebulat hati kerana tiada apa yang nak dinangiskan sekarang.
“Sebelum ini, saya dah puas minta nasihat dengan ahli ulama dan pakar agama tentang masalah penceraian kami namun saya tidak pernah hebahkan kepada orang lain.
“Saya rasa tak perlulah kita nak ungkitkan lagi tentang perkara yang lepas. Sekarang, saya cuma mahu bahagia dengan anak-anak..itu yang penting. Lebih baik saya fikirkan perkara yang berlaku pada masa hadapan,” jelasnya.
Sebelum bercerai, Maiza pernah meuar-uarkan yang dia enggan menerima tawaran sebagai duta BondaMama kerana kurang berkeyakinan namun kini dia sudah berubah fikiran.
“Mungkin sebelum ini saya tak biasa bekerjasama dengan orang lain..kita perlu belajar untuk melakukan langkah yang pertama.
“Saya merasakan orang-orang di bawah Yayasan memerlukan sokongan saya,” jawabnya.
Jualan tudung secara online
Menurut Presiden Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, Ameer Soekre Ishak, kini Koleksi Tudung Myza sudah pun berada di pasaran dengan aneka warna dan corak.
“Koleksi Tudung Myza mengutamakan ciri-ciri buatan tangan yang lebih istimewa daripada yang berada di pasaran.
“Tudung-tudung mengikut fesyen ini merangkumi empat aspek iaitu mudah dipakai, menggunakan kain chiffon dari Itali (bahagian luar) dan kain jersi kapas (bahagian dalam) yang berkualiti, harga yang murah dan ia dibuat oleh pekerja-pekerja dari rumah.
“Ia didatangkan dalam lapan warna untuk satu rekaan tudung yang direka oleh jurulatih dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Norafiza,” katanya....
Harga tudung-tudung itu dijual bermula dari RM55 hingga RM180.
Tudung-tudung ini dijual secara online di www.myza.com.my dengan paparan pelbagai koleksi tudung.
Seterusnya, mereka yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah terus menghubungi Zabedah Hussin (019-2114448) atau Fatimah Manaf (019-6271121) atau datang sendiri ke Myza Worldwide, 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000, Kajang, Selangor.
Selain di Selangor, Myza Worldwide turut membuka stokis di tempat lain seperti Kuala Lumpur, Johor dan Singapura.
ehmm dengan anak2nya..tudung yg sarah pakai (baju kotak2 merah) is 1 of the design..lepas show sarah mintak terus tudung ni..promote kat kawan2 ye
alhamdulillah Myza Collection selamat dilancarkan..
sesiapa yg ingin mendapatkan tudung myza boleh la klik http://www.myza.com.my/ atau layari http://tudungmyza.blogspot.com/
sekiranya ada cadangan, komen atau kritikan amatlah dialu2kan untk menjadikan koleksi baik dan lebih baik...
and sekiranya ada dikalangan pelajar saya atau sesiapa saje yang berminat untuk menambah pendapatan sama ada menjadi pengedar myza atau bersama2 saya menghasilkan tudung myza..kehadiran anda amatlah dialu-alukan.
TQ
Monday, July 27, 2009
sangat letih minggu ni..
tido ntah ke mana..makan pun ntah ke mana..yang penting solat kena jaga
semuanya gara-gara sesuatu yang akan dilancarkan pada Ahad ni
walaupun penat tapi rasa puas hati..
sebab apa...
just klik here...tudungmyza
Tuesday, July 21, 2009
Salam semua...
tak sempat nak hupdate blog lagi...
semuanya sebab biasa la..menyiapkan tempahan jahitan utk raya..seperti biasa..TEMPAHAN DAH DITUTUP..nak siapkan yang mana ada ni dulu, then kalau banyak yg dah siap baru bukak balik..
jangan tamak weiii..tak siap baju org naya...mcm2 disumpahnye kita nanti..
thanks to akak2..yg ikut bengkel tudung lepas..
bersemangat semuanya..siap bawak tudung2 yg tak selesa dipakai utk direpair lagi..
biasa la..kadang2 kainnye memang cantik cuma muka je sesuai ke tak nak pakai..
so jangan dibuang atau disimpan..repair balik je awning2 tu..
Insya'Allah cantik le semula tudung2 tu..
Bengkel lepas kita buat diruang solat wanita di Masjid Negeri..
Terima kasih kepada pihak pengurusan masjid kerana membenarkan kami mengadakan aktiviti di sana..
bak kata sorang ustaz tu..masjid ni memang tempat utk orang2 islam mengadakan aktiviti..
so dipihak kami, mungkin ini yang dapat kami adakan untuk mengimarahkan..memeriahkan masjid dengan aktiviti yg sihat dan bermanfaat.
terima kasih kepada para peserta atas kerjasama anda semua..kreatif2 diaorang ni..siap jahit separuh je kat leher..pastu nak buat lilit2 kat kepala plak..hehe
sebahagian gambau sepanjang aktiviti berlangsung
Harga Jual RM8.00 sekeping..tinggal nak sambung pada selendang je..
Harga untuk peserta kursus hanya RM5.00 sahaja..
terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama dan semangat anda sepanjang kita bersama..moga ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri mahupun satu sumber untuk menambah pendapatan..