bERMINAT mENyERTaI kURSUs?

Nama penuh:
No. I/C:
Alamat:
No. Tel/Hp:
Email:
Kursus yang ingin disertai:
Cara Pembayaran:
cadangan kursus dan lokasi (sekiranya ada):

create form

Tuesday, May 26, 2009

SeLAmAT HarI LAhir AYAH!

SeLAmaT HarI LAhir AYAH


hari ni bukan entry bab jahitan..
tapi today is ayah special day..

selamat hari lahir yang ke 54 ayah..
semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia..
juga sentiasa bahagia disamping mak dan anak2 ayah yang nakal2 ni..

sesungguhnya ayah saya banyak memainkan peranan
dalam hidup saya..

dari membentuk karakter diri saya sehinggalah
mempengaruhi cara saya berfikir

semuanya dari ayah...
ayah cekal..ayah tabah..ayah kuat
ayah tak pernah memaksa..
ayah sentiasa menyokong apa yang saya buat
walaupun ada kalanya saya tak ikut apa yang ayah cakap
ayah tak pernah tunjukkan rasa sedih, rasa tak suka depan saya
walaupun ayah tau..apa yang saya buat salah..

ayah tau saya sedih..ayah tau saya susah
tapi ayah tak nak tunjuk depan saya..
sebab saya tau ayah tak nak saya lagi sedih dan susah hati
ayah nak saya kuat..
sebab ayah tau saya kuat..
kuat menghadapi segalanya..
saya bertanggungjawab atas apa yang saya pilih..

ayah..
nora tau nora dah banyak menyusahkan ayah..
dah banyak memeningkan kepala ayah..
tapi nora nak ayah tau
yang nora sayangkan ayah..
dan sebolehnya nora nak menghadapi
semua ni tanpa menyusahkan ayah..

nora tak nak ayah susah hati..nora tak nak ayah sedih..
sebab sampai ke hari ni
nora tak dapat nak membahagiakan ayah dan mak dengan hasil usaha nora..
nora cuba bertanggungjawab untuk menjaga adik2
tapi nora tau semua tu tak sama dengan apa yang ayah dah bagi pada nora

ayah...
maafkan nora atas apa yang telah berlaku sehingga ke hari ni..
nora harap ayah sentiasa mendoakan nora..
nora akan teruskan apa yang nora hadapi kini selagi diberi kekuatan..
cuma nora harap
ayah tak putus mendoakan nora
doakan kebahagiaan nora

kekuatan nora hari ni..
lahir dari didikan ayah..lahir dari sifat ayah sendiri
nora akan terus kuat selagi ayah kuat...

Selamat hari Lahir yang ke 54 ayah..
semoga ayah terus bahagia dengan mak...
doakan kebahagiaan nora ayah...

nora nak ayah tau...
yang nora sangat sayangkan ayah...
sangat..sangat..sayangkan ayah
tiada yang lebih bermakna dan lebih bahagia dalam hidup nora melainkan dapat bersama ayah selagi nora masih bernyawa..

ikhlas dari nora untuk ayah yang nora sayang...

Monday, May 25, 2009



Salam perpaduan..salam mesra untuk pembaca semua...

Nak war-warkan Bengkel Tudung DIY yang akan diadakan di Masjid Negeri Ipoh pada hari Sabtu ni..

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kursus.
Kursus : Bengkel Tudung DIY
Lokasi : Masjid Negeri Ipoh
(Dekat Stesyen Keretapi n Balai Polis Ipoh tu)

Parking takde masalah ye...
tarikh : 30 Mei 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 - 12 Tengahari
Yuran : RM25.00
Pihak butik hanya menyediakan awning utk tudung sahaja termasuk peralatan jahitan untuk dikongsi bersama..

Apa yang akan dipelajari:
1.membuat ukuran awning yang sesuai dengan bentuk muka
2.mengenakan awning ke tudung
3.Pola Tudung
4.Menambah awning pada selendang atau tudung sedia ada

* Untuk mereka yang tiada mesin jahit di rumah, tidak perlu risau kerana teknik jahitan yang diajar hanyalah sulaman tangan sahaja.

* Para peserta perlu bawa kain jessey utk tudung atau selendang atau tudung ekin yang tidak sesuai dgn bentuk muka untuk diubahsuai semasa bengkel.

so kepada semua warga Perak, Ipoh khasnya.. Sekiranya berminat untuk bersama-sama menyertai bengkel ini sila hubungi atau sms Puan Nora 013-3302039 untuk tempahan tempat.

Sunday, May 24, 2009

Bengkel Sulaman Benang 2

Hari ni ada cikgu kedua yang membantu..hehe..ada 2 orang peserta yang tak ikut kursus yang 1. jadi kena ajar utk diaorang ni..tak ikut yang kelas 1..memang tak leh buat yang ke2 sebab yang 1 tu adalah asasnya..Thanks akak coz sudi membantu

adik 2 orang ni bagus betul..hujung minggu mak ayah hantar ikut kursus anjuran KBS. sorang tingkatan 2 n kakaknya tingkatan 4

hehe masa ni nak balik dah..sempat lagi buat lawak adik kita ni

tekunnya akak ni

hasil kerjatangan peserta..cantik banget!

Ni pun salah satu contoh hasil peserta..

masing2 tunjukkan hasil seni mereka..tapi tak berapa nampak.hehehe

Ahad lepas 24/5/09 adalah bengkel terakhir untuk peserta sulaman benang Bulan Mei 2009.
Alhamdulillah harapan agar semuanya mempraktikkan apa yang telah dipelajari
Kelas yg slalu kami gunakan telah dipinjam oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk temuduga jururawat..so kami masuk kelas satu lagi yang akhirnya semua skali kena duduk bersila..hehe
mcm2 gaya ada..takpelah yang penting masing2 jumpa port yang baik utk mulakan jahitan atas tudung masing2
hari ni, masing2 dah ready dgn tudung masing2..
ada yang buat mcm2 sampel sulaman..ya ampun cantiknya hasil kerja tgn masing2..
nanti ku tempekkan kat sini..

Saturday, May 23, 2009

tempahan kain lace..
nak ujung bulan ni..so siapkan awal supaya empunya badan leh fitting dulu
dia nak buat kurung moden ngan kain kipas..
so mcm biasa sblm nak memotong kena baca bismillah dulu..

kain mahal ni..kena hati2 skit..jadi ape2 kan susoh plak

mcm biasa sebelum mula memotong, pastikan segala peralatan yang diperlukan dah ada atas meja..supaya nanti tak kelam kabut



hah, ni la kainnye..kain lace + satin kaler kuning...nasib baik lacenye takde manik. jadi senang la nak memotongnya..kalau bermanik, kena la cabut manik2 tu dulu..

ni tgh tindih lining ngan lace bahagian luar tu..dah siap nanti ku tunjukkan di sini


Harga Tempahan EKslusif pengantin bermula dari RM100 ke atas.

untuk pemilikbutik pengantin yang ingin membuat tempahan, sila hubungi saya untuk harga tempahan. Minimum tempahan ialah 3 pasang.

Thursday, May 21, 2009

hah ni la dia baju kurung moden leher kubah terbalik tu...
sorry bahagian leher tak dikemaskini lagi..
baru je siap jahit..
tuan punye baju ni kecil je..
baju kurung moden ni lining..tapi baju je yang lining..kain tak yah..dah tebal

ni lah gaya lehernya..

cun tak model aku menggayakan baju ni ..nak test kat patung tak muat..so model ni gayakan dulu..nak tgk cun tak di badan..or ada senget benget kat mana..so kalau ada leh terus repair

Alhamdulillah takde apa yang silap so lepas ni terus buat finishing. Nampak tak kain tu..kurung moden ni dipadankan dengan kain kipas belakang.

so, untuk yang ingin menempah..
Harga tempahan untuk kurung moden biasa ialah
RM45.00
If lining baju sahaja
RM65.00
Full Lining Baju dan kain
RM85.00
Kurung Moden Leher cekak Musang
RM50.00

+ RM3.00 untuk zip sembunyi
+RM5.00 je untuk jenis kain yang eksklusif yang susah di potong -jenis chiffon, batik original, jenis2 kain sekarang ni la..yang lembut lembik tu :) hehe

Minggu ni agak sibuk sikit..
1. kebanyakkan customer nak baju minggu ni..
2. kebanyakkan bajunye pulak adalah baju kurung moden..n kebaya..
3. dan kebanyakkannya lagi nak tambah manik..

hehehe bape banyak kebanyakkan da...

jadi minggu ni keje memotong kain n menyiapkan semua tempahan pelanggan..
memang bulan ni, nak setelkan semuanye termasuk tempahan bulan 6..
Bulan 6 lagi sibuk,
bukan keje menjahit tapi keje aku yang satu lagi

Alhamdulillah rezeki bulan ni dapat 2 projek dari KPT..
ehmm boleh buek duit raya nanti ni..
so, untuk mengelakkan customer marah atau menyerang kedai aku..
jadi dengan penuh bersemangatnya aku potong sumer kain...hehehe

Monday, May 18, 2009

Baby...baby..baby...

Alhamdulillah..nampak gayenye..sempena bulan Mei + Hari Ibu ni ramai kengkawan aku dah merealisasikan perkataan ibu itu sendiri..

masing2 dah jadi ibu..tahniah utk semuanya..aku tumpang gembira..

tapikan rasanya baby yang lahir awal tahun ni majoritinya lelaki la..sebabnya ketiga2 kawan aku ni semuanya dapat baby boy + my sepupuz sndiri pun dapat boy...

Tahniah utk Intan
Tahniah utk Kak Hajjah
Tahniah untuk Zuriati @ Cuya
Tahniah utk my sepupuz..kak tie @ Mama Tie

aku cuma dapat gambar anak cuya je..ya ampunnnn comelnya.. ehmm bila la nak dakap anak sndiri ni..:)




Tahniah semua....

p/s:sedih dengar berita semalam..baby dijumpai dalam tong sampah dalam keadaan yang sungguh menyayat hati..dah la kena buang..kepala hampir retak..apa jenis binatangnye manusia tu...

Sunday, May 17, 2009

ehmm hari ni hari Ahad, 17 Mei 2009..
cadangnya nak mengikut cikabeku..ehh silap hehe sori muni..
cadang nak ikut cik abe ke kelas memasak dia..hari ni diaorang masak makaroni bakar dengan mashed potato
tapi lepas je subuh pagi tadi memang tak larat tul nak angkat mata dah..
sungguh-sungguh..maybe penangan berdiri potong kain tu..aduhhh

tido punya tido..tup2 pukul 11 baru bangun..hah ambik kau..
tapi bak kata Mr Manager '
ada aku peduli'

bangun..mandi..masak megi sebagai brekfes..pastu ku mula menyelongkar..segenap ceruk dapur..
sebijik dah mcm mak indon..keluarkan semua benda2 dalam kabinet..segala sudu2, bekas2 plastik..periuk lambak je kat belakang umah..

aku buat 3 keje dalam satu masa...
1. kemas dapur..
2. basuh baju...bukan susah pun..tak dalam mesin je..hehe
3. buat dadih..masak dadih n sejukkan.dgn harapan lepas siap mengemas nak makan..sedap tu makan sejuk2...

operasi bermula...kul 11.30 pagi
lepas dah kuarkan semua tu..
aku basuh smula semuanya..ehhh geram tul ngan lipas ni..dah la taik berlonggok..busuk lak tu
pastu kuarkan semua kabinet n basuh..ehhmm bertempek taik lipas
pastu curah air kat seluruh bahagian dapur tu..
ku mula la memberus..jumpa mana2 lipas aku ketuk je..memang hari tu jadi pembunuh kejam
cuci punya cuci..basuh punya basuhh...mak aiii tgk2 pukul 3.30 , wahhh tak solat zohor lagi..
mandi2 n solat

pastu tunggu dapur kering skit..cik abe balik dalam kul 4.00 ptg,
aku mula la masak tuk makan silam (siang malam) hehehe
masak sempoi je..letih bangat
masak daging ala mak slalu masak
goreng kacang berendi
wak budu nak cicah ngan daging..

lepas makan sambung kemas smula...
kemas sampai la kul 7.00
buang mana2 yang tak patut..
kira buat 5S la...
then bawak masuk sumer barang2 dalam umah..tak masukkan dalam kabinet pun..nak letak ubat gegat sehabis baik punye - ada cadangan tak?

malam..
lepas solat maghrib memang rebah terus..
tapi yang best tu tepat jam 10.30 aku terbangun..hehehe
mcm tau2 je siri feverite aku GHOST..
tak tau la kenapa..aku memang suka lakonan cheryl samad ni..

pastu terus tak leh tido sampai kul 3.00..layan mate kat tv sambil mengemas..kul 2.30..rasa lapar yang amat..tgk nasik dalam periuk ada lagi..so aku goreng je telur..kira sahur la..hehehe..lepas makan..solat isya'..
layan tv jap pastu terus tertido.....

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

ni lah dia hasilnya..


Fifa tekun menyiapkan finishing bajunye..yang ni dia terer..jahit silang pangkah


fifa dan kainnya..opsss apasal mcm terlebih panjang tu..takpe nanti fifa potong je bawah tu..


yang ni lak Fifa dan bajunya..cute je..
semoga fifa akan sentiasa memperbaiki mutu jahitan n cuba menjahit pakaian adik beradiknya pula..jangan takut mencuba ya dik

P/s: ni la suasana kat ruang menjahit aku..yang peti ais tu pantry ye..tak termasuk sebagai sebahagian daripada mesin jahitan..hehe..

Saturday, May 16, 2009

aISya NUr ZahRAa

sapa dia nie ek..
hehe..sebenarnye tgh2 mengemaskini folder gambau dalam notebook ni,
terjumpa lak gambau si comel ni..hehe..kelakar kalau mengingatkan gaye2 dia ni..

dia la penyeri kami semua..satu2nye anak sedara dalam keluarga hj hardi..nak tunggu dari aku ntah la bila..harap2 dari adik laki aku la plak..moga bertambah la anak sedara ku lepas ni..

ni video zahraa tgh menonggek..hehehe

ehmm dari semalam try upload tak mau2..takpelah..lain kali ku cuba di youtube plak..jadi tak yah la klik video tu..


video

ehhh...leh klik dah tapi video tak sampai sesaat pun..hehe..yang satu2 dekat 6 minit lebih..sebab tu kot lama benor nak uploadnya..

ala tomeinya dia..ye ye dah berjaya

ni kuuploadkan gambau2 zahraa yang ku copy dari blog bundanya

semua benda dia nak gigit..kalau pakai tudung masa dukung dia..habis basah dibuatnya..

wak muka kesian sebab takde org nak layan..hehe


ala2..tomeinya

Friday, May 15, 2009



hari ni search cari.com, terjumpa citer pasal adik wardina kahwin...
cantiknya..+ majlis yang grand giler..siap bawak pelamin dr acheh gitu..
aku suka tgk wardina n adik beradik ni..comel2 je..

share gambar ngan korang...
P/s: kt to forum cari.com + kakifoto

cute tol pengantin..kameraman pun mcm syok je nak ambik gambau

Kurung Moden Leher Kubah


Salam pagi Sabtu...
Hari ni dgn penuh semangat pukul 8.00 dah terpacak depan kedai...
ting tong..ting tong...kacau budak2 atas tido..
hari ni kalau sempat nak potong dalam 10 pasang baju..
fuhh semangat ni..

disebabkan masih fresh lagi..so pagi ni potong kurung moden leher kubah terbalik tu..
makk aii lembut + lembik yang amat kain ni..
biasa la nak potong berfesyen ni kena sediakan pola dulu..
dah siap baru letak atas kain tu..


tak sempat nak snap gambau..nanti dah siap ku tunjukkan di sini..mcm mana kurung moden leher kubah tu..

kain dia nak kain kipas belakang..nasib baik kain ni jenis satin..so tak la renyah sangat..

kisah Ari Jumaat..

ehmm ari ni sekadar memotong 3 pasang baju n menyiapkan finishing beberapa baju yang nak ambik ari ni..

ada customer suruh buat kurung pahang lining (dah la kain sifon yang ada batu tu) then belah tepi..alhamdulillah dapat siapkan ari ni..yang tak bbestnya, bila nak bayar dia mintak kurang pulak..mahal ke harga upah kurung pahang lining
(bukan kain biasa tau, sifon yang berbatu tu) RM70.00..
ok la tu aku tak charge tambahan pun utk jenis kain tu..

then suruh jahit tepi baju kurung kain sifon berbatu 2 pasang - aku caj sepasang rm2.50. so dua pasang rm5.00.:( yang ni pun nak kurang warghhhh..warghhh nak nangis aku
biasa aku amik sehelai rm1 je..dah ni berbatu..aku kena cabut dulu batu2 tu sebelum jahit..kalau tak patah jarum mesin nanti..

ehmm kadang2 customer tak paham kesusahan kita ni..dia nak murah je..tapi selalunya lepas aku explain ok je..cuma biasa la buat muka :(....

takpelah..moga hari jumaat yang mulia ni membawa keceriaan buat semua..adiosss


Yuran Kursus: RM150.00 bagi setiap fesyen
Tempoh masa: 18 jam
Hari: Sabtu/ Ahad
Apa yang anda dapat: Kain 4 Meter, Pembaris L, Pembaris Badan, Pita Ukur dan Drafting Book

Kursus Fesyen Pilihan:
  1. Baju Kurung Tradisional + Kain Susun
  2. Baju Kurung Kedah + Kain Selisih
  3. Baju Kurung Pahang/ Pesak Gantung + Kain Lipat Batik
  4. Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang
  5. Baju Kebaya + Kain kipas belakang

Apa yang anda akan belajar:

1. Pengenalan
2. Peralatan Jahitan dan bahan
3. Cara mengambil ukuran yang betul
4. Merajah Pola
5. Menanda basi dan menggunting fabrik
6. Mencantum dan Menjahit
7. Membuat Finishing - silang pangkah, jahit butang dan lubang butang

Thursday, May 14, 2009


Minggu ni ada sorang pelajar UiTM yang sedang bercuti semester menghabiskan masa cutinya dengan belajar menjahit baju kurung tradisional. ehmm bagus Afifah ni..maklumlah tempahan baju kurung sekarangkan mahal so dia ambil peluang nak belajar menjahit baju kurung. nanti boleh la buat baju raya sendiri ya Fifa..

disebabkan Fifa ni memang takde basic langsung dalam bidang jahitan so..hari pertama dia kat sini kita bagi dia orientasi mesin jahit..


1. ajar selok belok mesin jahit n bagi kain berlukis suruh dia try jahit lurus n bulatan (utk leher). dekat sejam jugak la dia main2 ngan mesin jahit tu..

2. ajar cara amik ukuran badan yang betul..

3. rajah pola. (sobonaie baju kurung tak yah ber pola2 ni tapi supaya fifa lebih faham ku conteng2 kertas dengan melakar pola ukuran badan Fifa di atasnya)


4. Fifa dah faham baru mula memotong kain - potong badan, kekek, pesak dan tangan. then bahagian kain.

5. cara nak buat leher baju kurung


6. dah siap semua ni, maka Fifa pun mula la menjahit..so far takde masalah..sepanjang dia menjahit cuma herot2 tu biasa la org baru belajar..
6.1: cantum badan
6.2: cantum tangan, kekek dan pesak
6.3: tebuk leher


7. jahit kain
utk jahit kain ni, saya ajar fifa utk gabungkan getah dan pita keras..biasanya kalau takat jahit2 kat umah ni..guna getah semua pun takpe..

Akhirnya berjaya jugak Fifa menyiapkan baju kurungnya. Alhamdulillah moga Fifa akan terus mempraktikkan apa yang dipelajarinya dan berjaya membuat baju kurung ibunya pula..

Serba sedikit mengenai kursus jahitan pakaian:

Kursus Jahitan Pakaian Tradisional
Yuran: RM150.00 (18 jam)

Apa yang anda dapat:
- kain 4 m
- peralatan jahitan - pembaris L, pembaris badan, pembaris 15", pita pengukur dan penetas

ingin belajar menjahit - hubungi kak nora 013-3302039








Ehmm salam semua..
blog ni sekadar untuk berkongsi kisah, meluahkan rasa geram, berkongsi kepuasan
sepanjang aku bergelar tukang jahit..
tahun ni genap setahun aku bergelar tukang jahit merangkap tokey butik..
sejarah aku bergelar tukang jahit ni bila tukang jahit aku memblahkan diri pada ramadhan tahun lepas..geram memang geram ..
tapi aku bersyukur kerana sememangnya tesembunyi 1001 hikmah di sebaliknya..
mula-mula takut..maklumlah bukan senang nak bergelar tukang jahit ni..bukan takat jahit je
yang penting nak potong kain bagi pelanggan selesa..
sehingga ke hari ini..alhamdulillah segalanya berjalan lancar..

SIAPA KATA SESEORANG YANG TAKDE LANGSUNG BASIC DALAM BIDANG JAHITAN BOLEH BERGELAR TUKANG JAHIT....

inilah yang selalu aku tekankan pada semua pelajar aku..bahawa tiada alasan untuk kita berjaya!
yang penting M.I.N.A.T dan U.S.A.H.A

ape2pun..semua orang boleh berjaya...CHAYOK! CHAYOK!

meminjam kata2 Ally Iskandar " Hidup adalah sebagaimana yang anda tentukan! "

Salam sayang
- tukang jahit -

;;